About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Janda Anak Dua Dah Graduated. Yeayy!

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t, perjuangan aku selama dua tahun di bumi United Kingdom akhirnya sudah berada di penghujungnya. Secara rasminya aku mememegang ijazah sarjana muda BSc Honours in Architectural Technology and Practice, University of Derby.

Mungkin bagi sesetengah orang, "Alaaa, degree je pun" tapi bukan bagi aku. Jadi janda anak dua di usia muda bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila terpaksa berjauhan dengan anak-anak aku beribu-ribu batu. Tiap malam, airmata laa jadi peneman. Screen telefon dikucup berkali-kali sebelum tidur. Kadang-kadang aku sengaja tak jenguk gallery telefon aku, risau kalau ternampak gambar anak-anak aku. Kalau dah tengok gambar dorang nanti mulalah aku hilang fokus :(

Aku percaya kejayaan aku pada hari ini kerna berkatnya doa kedua ibu bapaku serta rezeki anak-anak aku. Teringat pulak masa aku mula-mula sampai United Kingdom dulu. Minggu kedua sampai UK dorang dah suruh buat presentation depan kelas. Mat salleh semua duk usya kiteorang. Dah laa masa tu English berterabur lagi. Sumpah tak tipu masa tu aku memang ketar perut! Balik je dari kelas, aku dah nangis-nangis telefon parents dan kawan-kawan aku. Aku cakap nak balik Malaysia dan I do not belong here. As parents, mustahil laa dorang tak risau kan? Tapi peliknya makin hari aku duduk UK, makin okay pulak so tak jadi laa balik Malaysia. Rupa-rupanya mak aku cerita, lepas je aku cakap nak balik Malaysia. Ayah aku tiap hari buat solat hajat untuk aku supaya dipermudahkan segala urusan aku nak menuntut ilmu so no wonder la kan mana aku dapat kekuatan tu :')

Tanpa menulis panjang-panjang, jom laa aku kongsi gambar graduation aku.




Tulang belakang aku through thick and thin dari semua segi. Malas sama-sama, berjaya sama-sama :')



Semua ni dah macam adik-beradik aku dah since aku sorang je perempuan Melayu untuk Class of 2017 :)


Teman travel, teman bergaduh, teman bergossip dan semualah! Mereka anugerah tuhan yang terindah ketika aku berada di Derby dan harapnya sampai bila-bila :)

By the way, serius aku rasa sangat beruntung bila dikelilingi kawan-kawan yang baik. Sama ada international friends ataupun Malaysian sendiri. 

Parents aku sepatutnya datang majlis graduation aku tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, dorang tak jadi datang. Aku ada tiket lebih yang tak digunakan dan aku pun tak nak membazir £13 yang aku dah bayar. Buntu jugak sebenarnya sebab tak tahu nak ajak siapa tapi Alhamdulillah Allah permudahkan jugak urusan aku. Adalah sorang mahluk Allah ni, who is a veryyy good friend of mine, Jayjay, sudi nak datang. Jayjay ni senior aku dekat university tapi kos lain. Nak cakap kawan baik tak laa tapi kami rapat jugak laaa, Mulanya, aku saja-saja je ajak Jayjay ni datang sebab masa tu kami baru lepas bergaduh (aku kononnya sengaja cari alasan untuk kami berbaik :p) tapi tak sangka pulak dia berbesar hati menerima jemputan aku. Dia siap tanya aku lagi, aku nak suruh dia jadi mak ke ayah aku nanti? Haha. *Sis terharu gila*

Kawan yang baik serta kawan yang paling banyak buat pasal dengan aku. Wakaka

Lebih terharu bila dia bawak durian pergi majlis graduation aku.  Mesti korang tertanya-tanya apesal dia bagi durian kan? Ceritanya sebab aku pernah tagged dia dekat facebook pasal durian dan aku pernah cerita kat dia Malaysian memang suka makan durian. Hence, dia bagilah durian sebab aku Malaysian. Wakaka. Mula-mula dia suruh aku teka benda apa dalam bag plastic tu, siap suruh aku hidu lagi tapi aku tak dapat jawab sebab dia dah balut kemas-kemas. Yang aku tahu bekas tu sejuk bila pegang. Aku ingatkan dia buat desserts ke apa untuk aku rupa-rupanya Durian frozen. Dia cakap gigih dia pergi cari durian dekat kedai Thailand untuk aku. Sabo jelaaaa -_ -'

Satu lagi aku dapat Monopoly Derby Edition, pun Jayjay ni haa yang bagi. Dia cakap disebabkan aku terlalu sukakan gambar, dia bagilah monopoly version Derby. Nanti kalau aku main monopoly tu, aku macam "haaa sini dah pergi dah!", "situ dah pergi dah!" as in sebagai tanda kenangan aku dah pernah berada kat Derby :)

Masa dia bagi hadiah semua ni, aku dah tak boleh control airmata dah sebab aku tak jangka sampai macam tu sekali effort dia untuk aku as in kawan dia yang selalu mood swing dan suka cari pasal. Hahaha. Dia pun explain kat aku, budaya dorang (British) kalau bagi hadiah kat orang memang kalau boleh nak suruh orang tu menangis terharu so nanti orang yang menerima hadiah tu nanti akan ingat sampai bila-bila :')


Kiteorang ingat nak bukak durian ni pastu makan sama-sama tapi masa tu ramai orang so kiteorang tak berani nak bukak. Dah laa mat salleh tak suka bau durian. At last, aku sorang-sorang habiskan durian ni kat rumah :(


ps: Ada lagi a few presents yang aku dapat. Aku tak expect pun sebenarnya kawan-kawan aku sudi meraikan hari graduation aku. Ada yang bagi bracelet, frame gambar, minyak wangi, champagne (ops! aku tak minum pun. hahaha) belanja makan and banyaklah! Betul laa orang cakap kalau kita nak diri kita dihargai, kita kena hargai orang sekeliling kita dahulu. Paling utama, friendships aku dengan mat salleh semua ni tak terhenti disini dan ia merupakan antara pengalaman paling indah yang aku pernah ada :)

pss: Bila ada peluang nak buat kawan baru, buatlah. Keluar dari zone selesa. Seronok bila banyak kawan yang berbeza bangsa dan budaya. Minda kita lagi berkembang dan tak adelah duduk takat situ je :)


psss: Mat salleh ke mat lasseh ke Melayu ke Chinese ke apa ke, aku tak pilih warna. Janji aku boleh masuk dengan ko, ko kawan aku dunia akhirat :)



OK, byeeee.........