About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Pengalaman apabila anak disahkan mengidap penyakit Hirschsprung

Assalamualaikum w.b.t

Harini aku off-day disebabkan aku salah makan bihun goreng basi masa sahur tadi. Itu laa pasal kalau terlupa nak letak makanan dalam peti sejuk pastu sakit perut pun tak henti-henti. Pape pun, Alhamdulillah I am getting better now so boleh laa nak cerita pengalaman aku bila anak aku, Ainul Qhaliesya Zahara (adik) disahkan ada penyakit Hirschsprung.

Hirschsprung ni sejenis penyakit yang melibatkan usus. Bila ada bahagian usus tu takde saraf, jadi usus tu tak akan dapat menolak najis hingga ke bawah (tempat membuang) dan menyebabkan kita tak boleh membuang dengan normal. Di sebabkan itu perut kita akan kembung sebab najis tak boleh keluar. Faham tak? Ni doktor yang bagi penerangan dekat aku. Kalau rasa nak lebih detail boleh pergi dekat link ni Hirschsprung

Aku dapat tahu adik ada penyakit ni bila dah enam hari aku bawak dia balik selepas bersalin. Itu pun sebab dia tak nak menyusu dan muntah-muntah. Mula-mula aku ingat muntah biasa sebab doktor cakap, normal kalau budak baru lahir muntah warna kuning something sebab itu ialah kotoran sewaktu dorang duk dalam perut kita.

Tapi aku rasa tak sedap hati, jadi aku bawak anak aku pergi klinik kebetulan hari tu date dorang kena check. Waktu kat klinik, nurse dah marah-marah aku cakap aku tak sayang anak apa benda laa. Allahu! Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Aku susah hati satu hal, nurse pun boleh tahan jugak mulut dorang waktu tu.

Gula dalam badan adik rendah sangat sampai dorang terpaksa call hospital besar untuk rujuk. Aku naik ambulans on the way ke hospital besar aku tengok anak aku lemah sesangat, dia nak nangis pun tak larat dan tak semena-mena air mata aku mengalir. Masa tu laa baru aku tahu definisi kasih sayang ibu dan anak. Ya Rabbi, aku rasa macam separuh nyawa aku hilang. Sayang anak tu macam, arghhh! nanti korang ada anak, korang tahulah macam mana rasanya.


Aku pulak ada final exam dua hari selepas adik kena tahan dekat NICU. Sekejap baca buku, sekejap menangis dan meraung sambil pegang nota nak ulangkaji. Kuatnya ujian Allah! Aku betul-betul rasa tak mampu nak hadapi. Masa hari peperiksaan tu, aku cuma guna sejam daripada tiga jam masa yang diperuntukkan . Otak aku dah tak boleh nak berfikir, yang aku fikir nak habis exam cepat dan pergi jenguk anak aku kat hospital.

                        boleh bayangkan tak perasaan aku masa nak ambil final exam, kemudian tengok anak dalam keadaan macam ni?

Bab pantang pulak, aku cuma berpantang 30 hari (pantang tak buat kerja) kemudian aku kena daftar diri untuk latihan industri. Sejak adik kena tahan kat wad, hari-hari aku pergi hospital hantar susu untuk dia. Ada waktu bila lift rosak, aku naik tangga. Takde istilah pantang sangat dengan keadaan aku macam ni. Kalau sehari tak melawat dia, sampai sudah aku akan rasa serba salah. Sebulan lebih adik kena tahan dekat hospital, doktor pun decide nak keluarkan usus dia dekat perut, so adik akan akan membuang melalui usus straight ke beg najis. Kalau tak faham boleh pergi link ni: Stoma

Selepas dua bulan anak aku kena tahan dekat hospital. sekejap dekat NICU, sekejap dekat wad lain (aku dah tak ingat nama wad tu), aku dibenarkan bawa adik pulang tapi bersyarat aku kena belajar cuci stoma bag.

Bila adik dah balik rumah, bermula laa tugas yang paling mencabar dalam hidup aku. Berjaga sampai tiga pagi nak tidurkan anak kembar. Bangun awal pagi pula sebab nak cuci beg najis adik sebelum pergi praktikal pukul 8.30a.m. Waktu ni cuma aku je yang reti cuci beg najis. Nasib baik staff dan manager dekat tempat aku praktikal tu baik hati. Kalau aku tertidur jap awal pagi tu, dorang faham aku tidur tiga pagi sebab jaga dua orang anak.

Sekarang, Alhamdulillah, i went through it! Anak aku dah boleh membuang dengan normal selepas operation bulan June baru ni. Usus dia dah dimasukkan semula. Aku bersyukur sangat-sangat, anak aku selamat dan sihat. Manakala result exam masa anak aku sakit tu agak memberansangkan dan lagi satu walaupun bermacam-macam ujian yang aku dapat ketika aku masih dalam pantang, Allah tak izikan aku dapat meroyan. Sebenarnya, perempuan dalam pantang ni kena jaga emosinya sebab takot dapat meroyan. Meroyan takde ubat tauu! Bahaya!!

kiri: kakak, kanan: adik
alhamdulillah, dua-dua pun sihat sekarang ni :)

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada orang disekeliling aku sebab banyak tolong aku bagi semangat (sebab aku selalu post pasal anak aku tu dekat facebook. hehehe) especially, family dan lecturers aku kat kolej.

aku undur diri dulu ya, nak masak untuk berbuka.


ok, byeeee!



1 comment:

Syairah Mohamad Kamal said...

ALhamdulillah. Bam baaam semuanya. Brp dh umur dorg skrg kak?