About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

TB Test Untuk Permohonan Visa.

Assalamualaikum w.b.t,

Mintak maaflah sebab tak update blog secara konsisten. Kadang-kadang aku ni busy dan kadang-kadang aku ni malas je lebih. So kali ni aku nak cerita pasal TB test untuk siapa-siapa yang nak mohon VISA. Biasanya budak nak sambung belajar ke luar negara akan melalui fasa ini.

TB ni short form dari perkataan Tuberculosis ataupun batuk kering. Untuk apply VISA korang kena pass TB test ni dulu. Maksudnya korang kena disahkan negative dari menghidap TB. TB test ni pulak korang kene pergi klinik/hospital yang diiktiraf je. Kalau tak, pihak VISA tak iktiraf korang punya result which is korang akan memang bermasalah atau memang tak boleh apply VISA langsung nanti.

Macam mana nak tahu diitiraf ataupun tak? Biasanya agent korang akan bagitahu kat mana korang akan kena buat TB test ni. Jangan risau =)


Macam aku, aku tinggal dekat Damansara jadi pusat perubatan yang diiktiraf result-nya dan paling dekat dengan tempat aku ialah Life Care Diagnostic Medical Centre. Life Care ni dekat dengan Bangsar South so tak sampai setengah jam pun aku dah sampai ke sana.

Mula-mula, receptionist akan layan korang dulu dengan beberapa soalan basic, macam student ke kerja ke? Nak pergi university mana?

Lepas tu dorang akan bagi satu borang untuk korang isi. Yang ni kena isikan dengan betul-betul sebab dia tak nak ada salah sikit pun walaupun kesilapan kecil, 

contoh: ko pergi tulis double line konon nak suruh tulisan tu nampak pekat sikit. 

Macam aku pulak, aku takde masalah dengan tulisan apa semua tu tapi aku terlupa camne nak buat tandatangan aku. Ok. Nak cakap aku tak cerdik pun boleh. Hahaha

Tapi! Korang boleh salah isi borang dua kali je. Untuk borang yang ketiga, korang kena bayar RM1 (Kalau tak nak membazir singgit, be careful okay?) Lepas siap isi borang, dorang akan mintak passport dengan gambar passport. Bila dia dah rasa okay semua, korang kene naik tingkat 4 lepastu ambil nombor tapi kena tekan button for VISA.

Bila nama dah kena panggil, korang akan pergi ruang menunggu lepastu dorang akan bawa korang masuk xtray room. Dah settle buat xtray, korang just kena tunggu jumpa doctor je untuk bagitahu result TB test korang dan macam biasa, beberapa soalan akan ditanya tapi bukan semua dapat soalan yang sama. Ada kawan aku, doctor tanya virgin lagi kah? Bila last period? Tapi untuk aku, doctor cuma tanya bila last period? Ada buat regular medical check-up tak?

Last sekali, bila dah tahu result sama ada normal ataupun abnormal. Korang akan dapat sekeping kertas yang korang isi masa datang awal-awal tadi as your result untuk apply VISA nanti.

By the way, servis kat Life Care ni tip top! Best gilaaa! Sekejap je dah siap =)


borang yang mula-mula korang kena isi nanti.


ruang menunggu.

Foot note:
1.      Bayaran adalah sebanyak RM220 untuk TB test. Tambah lagi RM20 kalau nak ambil film xtray.
2.      Jangan lupa bawak passport! (ini sangat penting)
3.      Gambar passport 2 keping.
4.      Alamat university yang korang nak pergi.

Harap entry kali ni membantu pada siapa-siapa yang nak buat TB test, Inshaa Allah.

kalau nak tanya apa-apa, boleh email aku kat sini:
norhafizhatulhaq@gmail.com

Ok, byeeee…

No comments: