About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Ada peluang ke nak belajar dekat oversea kalau tak dapat straight A masa SPM? (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, harini dah genap 6 bulan aku menetap di bumi United Kingdom. Since aku tak nak tidur sebab takut tak terjaga nak pergi lawatan kat London esok, boleh la aku kongsi sikit perjalanan aku untuk sampai di tahap ni. Ni entry khas untuk adik-adik yang dapat result SPM tak memuaskan macam aku dan sering kali jatuh dalam pelajaran.

Aku ni nak kata pandai memang takde laa pandai sangat tapi kalau bab pemalas memang tahap infinity! Sebenarnya boleh je nak dapat result okay okay macam orang lain (bukan tahap excellent) cuma kena usaha lebih sikit. Usaha kan tangga kejayaan :D

UPSR

Masa UPSR dulu, aku ni dalam kategori budak target dapat 5A tapi hampeh tak dapat pun. Masa tu mak aku kecewa gila-gila! Mana tak nyaa, setiap petang aku balik lewat sebab guru besar aku sendiri yang buat kelas tambahan untuk aku dan tiga kawan yang lain untuk pastikan kami dapat 5A tapi aku sorang je dapat 3A2B. Yang lagi tiga orang  paling sikit pun dapat 4A.

Sedihh betul aku sampai demam tak lalu makan tapi ada satu hari baba aku risau tengok aku kecewa sangat so dia pujuk aku dan dia pesan;

'Baba tak nak ifa kecewa, ni baru langkah pertama. Banyak lagi ifa kena tempuh nanti. Tak elok sangat kecewa macam ni'

Dengar baba cakap macam tu, sejuk betul hati aku. Apa lagi, lepas tu  horaayy la aku! Hilang kecewa dan tetiba airmata jadi kering. Kahkahkah


PMR

Aku start balik perangai malas. Dari form 1 sampai laa akhir form 2 tiap kali exam mesti ada je yang fail. Even ada fail pun aku tak pernah duduk kelas belakang, selalu duk kelas pertama cuma nombor tu aku selalu cop yang besar-besar. Baru penuh kalau nak tulis dekat dalam report card. Puas hati sikit kannn :p

Disebabkan risau nak PMR, awal form 3 baba pindahkan aku pergi sekolah yang semuanya Melayu. Dengan result yang tak best, maka duduklah aku dalam kelas ketiga. Tercabar betul! Rasa muka kena seret kat jalan tar especially bila banyak kawan sekolah rendah aku dulu duduk kelas pertama. Usaha punya usaha dalam masa setahun dapat laa 2A6B masa PMR. Okay laa kot..kot laaa.

SPM

Aku duduk kelas sains tulen tapi seperti biasa, aku memang suka dakwat merah tiap kali result exam keluar. Kadang-kadang ada sampai 3 fail, cikgu pun ada yang suruh aku tukar kelas. Dia takut aku tak boleh bawa masa SPM nanti. Aku rasa aku paling bodoh! Kecewa wehh bila orang tengok ko, orang tahu ko paling bengap dalam kelas tapi memang salah aku pun. Siapa suruh malas??

Ada yang memang tak akan datang dekat kau sebab kau bodoh, takde function untuk dorang so what do you expect? heh!
Ada yang parents tak bagi kawan dengan kau atau spend masa dengan kau. Takut berjangkit dengan anak dorang.

And yes aku memang tak perform elok-elok masa SPM, 3A3B1C1D1E. Semua grade aku sapu!

Kawan-kawan dapat offer matrik, dapat universiti. Aku? politeknik jelaa mampu tapi aku tak pergi pun sebab dia bagi kos yang aku tak minat.

...........................................................

Disebabkan masih terkial-kial tak tahu nak pergi mana, masa yang ada aku gunakan untuk buat survey.

Bila buat survey, keluarlah pasal PTPTN dan MARA.

Finally, aku decide tak nak pergi tempat yang kena ambil ptptn. Kenapa aku tak nak ambil ptptn? Sebab aku tak nak berhutang banyak-banyak. Dengar pasal interest ptptn pun dah cukup buat aku ketar lutut.

Kalau boleh, aku nak pinjaman MARA supaya nanti kalau aku score masa diploma aku tak payah bayar pinjaman. Boleh convert terus jadi biasiswa.

Bila buat survey lagiiiii, ada satu kolej ni kalau ko score pointer masa diploma bukan sahaja pinjaman boleh convert jadi pinjaman tapi ada peluang nak belajar oversea.

..............................................................

Alhamdulillah, here I am dan impian jadi kenyataan! Eh ehhh camne lepas dapat result spm teruk boleh pergi oversea?



To be continued......


Nanti kang kalau aku cerita panjang-panjang korang tak larat nak baca.


Ok? Ok, byeeee........







1 comment:

keynoomad said...

Alahai....tgh syok baca...to be continue la pulak...haishh..