About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Ada peluang ke nak belajar dekat oversea kalau tak dapat straight A masa SPM? (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t,

Sorry weh korang sebab buat cerita bersambung-sambung. Bukan apa, aku takut nanti orang cepat bosan pulak kalau terlalu panjang untuk dibaca dalam satu masa. :D

Okay okay, berbalik pada cerita sebelum ni.

MEI/2011

Aku masuk Kolej Poly Tech Mara Kota Bharu (KPTMKB) dan aku ambil kos Diploma Sains. Aku pun tak tahu kenapa aku ambil kos ni. Nak kata minat tak jugak tapi kalau ada exam aku boleh je score macam orang lain cuma jiwa tak ada, tak rasa feel. Haaa, cam gitewww laa kot! Mungkin sebab aku fikir bila jadi budak sains ni orang pandang hebat. LOL!

Tapi rezeki aku tak panjang dekat KPTMKB. Aku quit sebab a week before the final exam (semester satu) aku sakit so parents aku cakap sambung dekat Kuantan jelaa. Nanti kalau apa-apa jadi senang, dekat dengan rumah tak payah nak jauh-jauh.

To be honest, selepas kejadian tu aku masih lagi mencari minat aku. Tak tahu wehh nak jadi apa. Kecelaruan identiti sungguh! tapi as long as kolej tu ada offer pinjaman MARA, aku usya jelaa kos mana yang ada.

Lepas tanya pendapat family, aku buat keputusan nak ambil kos Diploma in Civil Engineering (Construction Safety) dekat Kolej Poly Tech Mara Kuantan.

JANUARI/2012

Selamat mendaftar sebagai pelajar Kolej Poly Tech Mara Kuantan.

.................................

Disebabkan selalu sangat jadi budak bodoh, aku pasang niat nak belajar betul-betul. Aku aim aku tak nak bayar balik pinjaman yang aku ambil masa diploma. Aku nak cgpa aku 3.50 ke atas supaya aku boleh apply nak sambung degree dekat oversea nanti. Aku dah malu sangat dah sebab selalu jadi orang yang paling bodoh antara kawan-kawan aku :(

Semester berganti semester menjadi pelajar di KPTM Kuantan, Alhamdulillah result yang aku dapat agak memuaskan. Boleh laa nak buat mak ayah bangga dan jugak boleh buat tiket makan malam free dekat hotel M. S Garden. hewhewhew

..................................

Masa aku tengah buat latihan industri (semester akhir), lecturer aku call cakap aku terpilih untuk menghadiri temuduga bagi melanjutkan pelajaran di United Kingdom, MasyaAllah! gembiranya hati aku tak terkata. Belum habis belajar, orang dah panggil! padahal CGPA aku masa tu belum tentu lagi 3.50 ke atas.

Dipendekkan cerita, aku lulus temuduga dan ditaja oleh sebuah syarikat kejuteraan (swasta) yang bekerjasama dengan MARA. Once aku dah graduate, aku akan bekerja dengan syarikat tersebut selama tiga tahun. Bagai bulan jatuh ke riba kan? dah habis belajar terus dapat kerja :)

NOTA:

1. Pasang niat Lillahita'ala, belajar kerana Allah. Pasang niat yang baik-baik je. Nak tolong parents ke apa ke etc. InsyaAllah, akan dipermudahkan nanti.

2. Aku percaya, berjayanya seorang anak itu kerana kuatnya akar sokongan dan doa ibu bapa. Dapat anak tak berapa pandai macam aku ni,  macam-macam orang mengata tapi ma baba aku watlek wakpis je. Tak pernah jemu berdiri belakang aku :')

3. Kita kena bijak cari peluang. Dulu kalau aku cakap aku belajar kat KPTM, semua macam tak pernah dengar lepas tu mula laa nak pandang rendah sebab tempat dorang belajar ade huruf U tapi kita takde. huh! Padahal dorang tak tahu, kita nak lari ptptn.

4. Bila kau belajar tempat tak berapa besar, lecturers lagi senang nak fokus kat korang so kalau ada masalah boleh terus jumpa dorang. See! peluang nak berjaya lagii merata-rata. Mudahkan nak dapat?

5. Usaha sehabis-habisan! Bukan senang nak kekalkan 3.50 setiap sem tapi bukan mustahil, InsyaAllah.

6. Doa doa doa dan doa. Kalau ikutkan, lepas aku graduated aku kene ikut step by step nak apply sambung belajar kat luar negara tapi siapa sangka Allah permudahkan urusan aku? Orang yang cari aku bukan aku cari orang (*ni ayat management bagitahu aku masa temuduga dulu ek*)

7. Tak apalah dik kalau kita tak pandai lepastu orang nak cakap apa-apa. Allah tahu kemampuan kita, Allah tahu bila dia nak bagi kita apa-apa. Percaturan Allah kan hebat-hebat belaka :)

8. Kalau pakcik makcik ada anak tak pandai macam saya, terus menerus bagi sokongan dan doa. Kalau pakcik dan makcik tak bagi, siapa lagi nak bagi? if possible, panjatkan rasa kesyukuran sebab masih punya anak dan mereka masih lagi diberi kesempatan untuk menuntut ilmu :)

9. Berhenti pandang rendah pada orang, kita tak tahu Allah nak bagi apa dekat dia nanti. Takut nanti Allah pusing balik pada diri kita, naiyaa aaaaa. kan?




Aku tak tahu lagi jalan kat depan aku macam mana, Aku tak tahu kalau Allah uji aku lagi. Semua benda aku tak boleh nak expect cuma apa yang aku boleh buat, mohon doa ibubapa aku dan extraa bantuan dari para pembaca untuk doakan aku berjaya habiskan degree aku dengan cemerlang. Semoga Allah dapat membalas jasa kalian. Ameen


ok? ok, byeee.....










No comments: