About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Program apa sebenarnya ni?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu aku bangun pagi nak siap-siap pergi kelas tapi seperti biasa bila buka mata, benda pertama aku buat ialah check handphone.. Aku scroll email, ada sorang adik ni emel tanya pasal IELTS dan beberapa soalan lain mengenai internship aku.

So cerita dia macam ni,

Masa lecturer aku call bagitahu aku dapat tawaran pergi temuduga study oversea, aku dah semester 6 dan tengah praktikal dengan satu company civil engineer di Kuantan. Sebelum aku pergi interview, lecturer aku suruh emel satu essei pasal diri aku dalam bahasa inggeris untuk dihantar kepada company swasta yang akan ambil aku bekerja selepas aku graduate. Basically, dorang akan judge aku melalui esei aku tu laa.........kot.

Disebabkan aku suka ambil gambar, so aku masih ada lagi offer letter interview 2 tahun lepas :D


Selepas aku tahu yang aku dah lulus temuduga, aku kena buat persediaan untuk mengambil peperiksaan IELTS selama tiga bulan. English aku takdelah power, biasa-biasa je sebab tu kene buat persediaan dari A hingga Z. Company swasta yang aku maksudkan tu pulak ialah Strand Aerospace Malaysia (SAM).

SAM sediakan kami tiga orang tutor untuk pastikan kami lulus IELTS. Tiga orang tutor ni ajar benda yang berbeza.

1. Mr. M dari Australia (Professional Skills and Communication)
2. Miss Z dari Iran (Writing, Comprehension and Grammar)
3. Mrs. S dari Malaysia (Speaking)

Kalau aku lulus IELTS (Alhamdulillah, aku lulus), aku kena buat live project kepunyaan SAM menggunakan software Revit.

Result IELTS aku biarlah rahsia. Sorry :p





Boleh dikatakan setiap minggu lah SAM jemput orang-orang yang hebat untuk bagi kami pendedahan. Disebabkan kami ni dalam bidang construction so semuanya pasal bangunan laa kan :)

sesi bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia



Selain belajar bahasa inggeris, SAM jugak menyediakan seorang tutor untuk ajar kami pasal BIM (Building Information Modelling).

Kelas terakhir kami dengan tutor BIM sebelum buat live project SAM




Kiteorang jugak banyak terlibat dengan program-program yang berbentuk motivasi. Bagaimana nak tingkatkan self-confidence, cara nak bersikap professional etc. Overall, program yang aku join ni under MARA Aerotech & SAM dan namanya PDC (Professional Development Centre). Nama pun PDC, jadi kami pun dilatih laa menjadi seorang yang professional sebab tu masa aku tulis ni aku rasa macam professional yang amat. hahaha. Tipu je...




Sesi ni memang bukan pasal bangunan. Kami siap berlakon lagi dengan Rasidi Ishak sebab nak dapatkan self-confidence. Hehehe.
Semoga post kali membantu kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya especially kepada Fatin Afiqah (Sorry ya, lambat respon).

p/s: Kalau ada apa-apa soalan, boleh laa emel aku; norhafizhatulhaq@gmail.com
Nak request pun boleh. Nak tengok university aku ke nak tengok hostel aku ke atau apa-apa jelaa. As long as bukan benda pelik-pelik sebab aku memang suka menulis dan tak salahkan kalau berkongsi?Hehehe :)

Till we meet again.

ok, byeee.......