About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Macam mana nak sewa rumah dekat United Kingdom?

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal rumah sewa baru aku. Sebelum ni aku tinggal dekat student accommodation, Lonsdale Hall, tapi disebabkan kontrak dah habis kenalah cari rumah. Sebenarnya boleh je kalau nak sambung kontrak dekat student accommodation tu tapi aku decide nak duduk kat luar sebab nak jimat.

Kalau nak dapatkan rumah yang best, selesa dan harga berpatutan korang kenalah rajin-rajin Google rumah sewa sebelum kontrak habis. Survey 3-4 bulan sebelum kontrak habis pun dah okay sangat dah. Bila korang lambat mencari rumah, nanti korang akan dapat rumah yang tak best sebab yang best semua orang dah ambil. Hehehe

Lepas Google, korang ambil laa dua-tiga buah rumah yang korang aim pastu contact agent nak tengok rumah. Macam aku haritu, aku pergi tengok empat buah rumah. Ada yang aku rasa berkenan ada yang tak berkenan. Tak berkenannya sebab harga mahal, rumah kecil dan ada yang ruang tamunya sebesar toilet. Kecik cinonet sangat!

Masa lawat-lawat rumah tu, ada cat yang dah nampak buruk, karpet pun macam hidup segan mati tak mahu. Tapi the best part menyewa dekat UK ni kalau korang dah berkenan kat sesebuah rumah tu, korang boleh request kat agent nak tukar cat ke karpet ke apa ke. Eh, semualah boleh mintak tukar! Korang cakap je apa yang korang nak sebelum pindah, InsyaAllah dorang akan bagi.

Ni pulak part rumah aku.

Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa yang boleh tahan besar, ada enam bilik, dua bilik air,  tiga tingkat, dapur dengan ruang tamu besar dan bilik aku pun besar. Muahahahah!

Sewa rumah termasuk dengan wifi yang superb laju! Cuma bil utilities kena bayar sendiri. Kalau kat sini, bil utilities untuk  seorang tak lebih pun £20 (maximun) melainkan korang banyak guna heater time musim sejuk dan wash dryer. Kebiasaan rumah sewa atau pun sebarang jenis kediaman dekat UK ni, kemasukkan dia awal bulan Julai dan kontraknya pulak  setahun tapi boleh je nak sambung kontrak. Deal dengan agent =)

Ni pulak bab payment.

Bila dah setuju nak pindah rumah tu, korang kena bayar:

Yuran pemprosesan: £100+

Bila dah bayar. Agent akan turunkan iklan rumah yang korang nak duduk tu. Kalau korang lambat bayar yuran pemprosesan, peluang untuk rumah anda disailang adalah amat besar!

Kemudian korang kene sign agreement yang korang nak duduk rumah tu dari tarikh sekian hingga ke sekian. Banyak jugak laa borang kena isinya. Kene declare korang ni smoker ke ade pet ke itu laa ini laa.

Bila dah siap part agreement, nanti sebelum masuk rumah awal bulan Julai korang kenalah bayar deposit beserta sewa rumah dua bulan. Sewa rumah ni akan ditolak pada bulan-bulan seterusnya dan deposit akan dikembalikan bila korang dah habis kontrak. Contohlah, korang takde duit nak bayar sewa dua bulan + deposit. Korang boleh nego dengan agent. InsyaAllah dorang akan bagi mengikut
keselesaan korang. By the way, bukan semua rumah kena sewa melalui agent. Ade yang boleh deal landlord.

Aku dah selesai semua proses kat atas dan tiba masanya aku belanja gambar rumah sewa aku. Hehehe


Lorong kecik ke dapur.


Dapur ni kira macam besar laa jugak sebab ada orang dapat lagi kecik :D
Tingkap mengendap jiran sebelah rumah yang handsome. Hahaha!

Bilik air satu

Bilik air dua
Kalau ada rezeki family aku datang sini, tak payah risau pasal tempat tinggal. Bilik ni dah cukup besar!


Semua bilik saiz lebih kurang je. Semuanya katil queen. phewww! nikmat nikmattt :p


Tempat study. Harap-haraps study laa aku hendaknya. Hehehe

Harap artikel ni membantu bagi sesiapa yang memerlukannya.

Till we meet again.

ok, byeee.......






No comments: