About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Camera Iphone 6 plus jadi blurry dan wavy?

Assalamualaikum w.b.t


Entry kali ni aku nak cerita pasal camera iphone 6 plus. Masa aku pergi travel Europe dua bulan lepas, camera iphone 6 plus aku mula menunjukkan petanda-petanda nak rosak which are wavy and blurry tapi aku ingat sebab masuk air hujan. Aku pun tak amik port sangat sebab kejap dia okay dan kejap dia tak okay. Bila aku balik Malaysia bulan Jun lepas, camera mula makin cari pasal sampai aku rasa fed up nak amik gambar.


Dipendekkan cerita, aku tak settle pasal camera tu kat Malaysia tapi aku settle masa kat UK. Aku buat research pasal camera iphone 6 plus ni. Mana laa tau kan kot-kot ada orang yang sama masalah dengan aku. Mula-mula aku bukak web apple, terkejut jugak aku tengok kos repair iphone sebab phone aku dah tamat warranty T_T




Aku mula rasa nak beli phone baru sebab 256.44 pound tu mahal sangat wehhh tapi nasib baik aku tak cepat gelabah. Aku chat dulu dengan iphone support chat. Aku cerita problem camera aku pastu dia bagitahu rupanya ramai orang bermasalah dengan camera iphone 6 plus dan disebabkan itu Apple buat program iSight camera replacement khas untuk Iphone 6 plus dan ianya percuma!

Nak tahu macam mana iphone 6 plus kau eligible tak kalau nak tukar camera secara free?


Step pertama;

Tekan link ni dan masukkan number serial iphone korang. Lepas tu apple akan bagitahu korang layak atau tak. Kalau layak boleh lah ke step kedua dan kalau tak layak, aku tak tahu kena buat apa. Hahaha :P

Step kedua;

Pergi dekat link ni untuk pilih cara korang nak berkomunikasi dengan apple support. Macam aku haritu aku pilih nak chat dan lepas aku cakap apa yang patut dan dorang suruh aku pilih tarikh dan masa appointment yang available.



Lepas set appointment, dorang akan hantar emel seperti di atas kat emel korang


Aku pun terpacak laa depan apple store pukul 9.25 pagi tapi kedai tak bukak lagi. Tepat 9.30 pagi, bila kedai bukak je pintu habis semua serbu macam iphone 7 dah launched -_-. 


Apple Store, Leicester.

Mula-mula beratur lepas tu masukkan first name, last name dan emel. Lepas tu apple akan bagi masa lebih kurang 30 minit sebelum turn kita sampai. Kalau dah tiba giliran kita, dia akan hantar message dekat phone kita.


Bila dah dapat mesej, aku pun berlari laa pergi apple store balik. Tunggu 5 minit pastu customer service dia akan layan aku, tanya masalah apa-apa pastu bagi aku sekeping kertas agreement. Dia cakap pergi la mana-mana dulu sebab phone aku akan siap dalam masa 30 minit. Aku ingat dia janji main-main rupa-rupanya memang betul 30minit. Cepat gila weh dorang buat kerja! 



Lastly, dorang mintak ID aku untuk confirmation tu memang phone aku dan dorang suruh aku test camera. Bila aku cakap aku puas hati, dorang suruh tandatangan sejenis agreement di atas ipad dan aku boleh ambil balik phone aku.


Aku suka gila tengok dorang buat kerja, sistematik gila! Korang tak payah tunggu lama pun wehhh.



Kiri; Sebelum
Kanan Selepas

Alhamdulillah rezeki masih lagi berpihak pada aku, Selamat duit, fuhhh~

By the way, aku beli earpods baru sebab earpods lama jahanam kerana terlalu asyik ber-Smule. Kahkahkah. 

dan 

earpods ni lagi power sebab sound dia lagi best. Serious!

Harap artikel ni membantu bagi sesiapa yang memerlukannya.


Till we meet again.




ok, byeee.......







No comments: