About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Budaya aku dan mereka

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan, harini 2nd May 2017 dan bermakna aku kena post entry kedua tentang pengalaman aku sepanjang berada di United Kingdom.

Ada orang tanya macam mana aku sesuaikan diri dengan budaya mat salleh dan macam mana aku save duit kalau tengah pokai tapi harini aku decided nak cerita macam mana aku sesuaikan diri ngan dorang je. Pasal duit mungkin esok atau lusa sebab nak bicara pasal duit ni memerlukan hati yang tenang (Yelah. Nanti aku mula laa nak rasa insof dan tertanya-tanya mana pergi duit aku ni pergi sebenarnya. Hahaha). Cakap pasal pergaulan ni, masa mula-mula aku datang Derby dulu aku memang bergaul dengan orang Malaysia je. Kalau pergi mana-mana memang dengan orang Malaysia jela dan aku tak nampak peluang macam mana nak berkawan ngan British dan European ni. Even masa second year aku tinggal dengan flatmates mat salleh mixed gender pun aku tetap tak mampu nak duduk semeja berborak dengan dorang. Kalau tegur pun masa nak pergi toilet ataupun jumpa kat dapur.

Budaya kita dengan dorang memang lain, kita orang Asian kalau gathering buat makan-makan atau kalau tak pergi makan, kita pulak buat makan-makan dan pendek cerita semuanya pasal makanan dan disebabkan tu jugaklah aku makin gemuk. Hadeiiiii.

Mat salleh ni pulak berbeza, apa-apa je semua nak minum. Malam minggu minum, siap assignment nak minum, lepas submission pun minum. Kot celah mana aku nak join kalau asyik minum je? Lepas dorang minum, tahu-tahulah macam mana rupa orang terlebih alcohol. Kadang-kadang pukul 3.00 pagi duk menyanyi sakan lagi tapiii aku tak kisah pun sebab aku tidur mati. As long as dorang tak kacau aku tu pun dah Alhamdulillah. Cuma pernah laa terbengang sekali sebab semua dapat surat warning dari management cakap flat aku bising padahal masa tu air liur basi aku dah meleleh dah. Bengang-bengang aku pun, aku diam je. Tak reti nak cakap banyak. Baguskan aku? :')

Masa berlalu dan makin hari makin aku rasa bosan sebab baik duduk kat Malaysia je kalau kau rasa kau tak nak keluar dari zone selesa kau, So, disebabkan itu aku decided nak buat kawan mat salleh. Aku cuba risik-risik or mulakan small conversation dengan dorang kalau aku terserempak dengan classmates aku dekat university. Contohnya, aku tanyalah "Hey, how is it going?", "Hiya, you alright?" or "What are you up to right now?". Bila kau dah start tegur dorang next time kalau dorang jumpa kau, dorang pulak akan tegur. Lama-lama, dorang akan tanya benda lain pulak. Conversation tu akan growing setiap hari. Percayalahh cakap aku nii.




Bab minum, aku sedar bila dorang minum tak semestinya aku kena minum jugak. Dorang respect je pegangan kau janji jangan kau nak memandai berdebat cakap agama kau lagi bagus dari dorang. Bila orang tanya, jawab pakai akal bukan emosi. Tahu? Aku rasa start bulan Disember tahun lepas aku ikut je dorang pergi pub (bukan club) lepak sekali. Bukan selalu laa pergi, biasanya bila lepas kiteorang submit assignment. Sejak dari hari tu, barulah aku tahu camne cara hidup dorang sebenar-benarnya.(read: A hundred things to do before you die :p)

Sebenarnya tak susah pun nak bergaul ngan mat salleh ni, cuma mulut je kena ringan bercakap. Dorang respect kita dan kita pun kenalah buat benda yang sama.. Oh lupa pulak nak cakap, mat salleh benci tandas basah. Kalau ko pergi tandas dorang, jangan buat macam baru siap mandi pulak. Nanti kena maki. Wakaka (tipu je pasal maki tu). Lagi satu, mat salleh ni jujur orangnya, Kalau dorang tak suka, memang dia bagi atas muka. Mula-mula aku sentap gak laa tapi lama-lama dah biasa. Dorang tak suka cakap belakang mcam kita. Depan-depan yaa kan je, belakang-belakang berbakul-bakul dah mengata. Lalala~

Selain benda positif, ada jugak benda negatif tapi macam biasalah aku cakap jangan pukul rata dekat semua orang. Ada je yang cakap agama aku bodoh, ada yang soal macam-macam pasal agama aku dan ada satu peristiwa yang paling sedih bila orang yang aku syok gila-gila hina tuhan aku, Allah s.w.t. Serius aku tak boleh tipu diri sendiri. Masa mula-mula aku watlek watpis je tapi aku tak berjaya jugak nak control air mata aku. Bila aku balik rumah, seharian aku duduk dalam bilik berkurung menangis. Aku rasa aku gagal sebagai seorang Muslim bila aku tak mampu mempertahankan agama aku. Aku nak menjerit nak cakap "Weh, agama aku bukan macam tu. Allah aku bukan macam tu!" tapi aku sedar, emosi hanya merosakkan keadaan. Bicara pakai akal insyaAllah semua akan okay. 

Sebenarnya, bagus jugak jadi macam tu kat diri aku. Barulah aku tahu level aku kat mana sebagai seorang Muslim. Sejujurnya, aku rasa macam kena tampar bila aku tak boleh nak berhujah tentang tuhan aku bila orang persoalkan tentang Dia. Hence, aku rasa kalau nak explain pakai akal, aku kena kutip ilmu dulu supaya aku tahu apa yang aku cakap. InsyaAllah. Doakan ye? :)


Ps: Put Allah first (Read: Ikut suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya) dan enjoy your life :)



ok, byeeee........


No comments: