About Me

My photo
Assalamualaikum! I am Ifahafizha. 24 years old. A mother of twins and an Architectural Technology graduated. Kuantan, Malaysia / Derby, UK

Persahabatan berbeza kewarganegaraan.

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik, tak sangka lagi sebulan aku nak habis degree (Insyaallah kalau tak ada aral melintang. Please doakan aku grad dengan jayanya ek ek. Ameen :)

Sebenarnya aku ada lagi dua submissions sebelum degree show untuk final design tapi aku punya mood malas, Ya Tuhan! Rasa macam sepak punggung sendiri. Aku pun tak tahu apasal aku jadi macam ni. Haihhhh. Eh! panjang pulak introduction aku ni, padahal aku nak mintak jasa baik korang doakan aku lulus je. Hehehe. Apart from from that, aku just nak share perasaan aku bila diberi peluang hidup kat United Kingdom yang tak pernah aku sangka. Well, macam-macam pengalaman baru yang aku dapat, yang tak pernah aku fikir pun aku akan laluinya termasuk pakwe mata biru. Hahaha. Nanti kalau ada kesempatan aku cerita (Nak pm tepi pun boleh). Hiks!

Kalau sebelum ni aku pernah ada kawan-kawan Melayu je dan dorang lah tempat aku curah perasaan bila ada masalah cinta or apa-apa jenis masalah tapi sekarang dah upgrade ada kawan-kawan dari macam-macam  nationality; England, Serbia, Italy, Polland dan secara ringkasnya International friends laa. Sebenarnya aku agak terkilan jugak sebab masa first year aku kat Derby, aku tak berani langsung nak approach mat salleh semua ni disebabkan kurang keyakinan diri. Aku punya english tak power pastu dah laa muka selebet macam nak mintak kena tampo je. Dorang pulak stock kacak-kacak dan lawa-lawa yang bila mana pergi kelas pakai baju tidur pun tak setaraf macam engko. Huh. Sadis betul!


Yang tiga orang ni antara yang paling rapat dengan aku. Kawan gossip dan tempat curah perasaan :')
Dari kiri; Jelena (Serbia), Magda (Polland), Patricia (England) 


Macam mana aku boleh approach dorang? Masa semester tiga, final year aku kena buat kerja grouping dengan dorang so starting dari situ laa kami rapat. Mula-mula bercakap dalam group meeting, lepas habis meeting pergi minum kopi sama-sama pulak. Kalau terserempak dekat university selain dari waktu kelas dan meeting, kami bertegur sapa pastu lepak-lepak sekali. Lepas tu tak cukup dekat university, kami ke whatsapp pulak sebab nak mintak tolong satu sama lain dan nak update progression of work. To be honest, group whatsapp pun banyak membantu merapatkan silaturahim bila kitaorang mula bergurau-senda bercakap benda yang tak ada kaitan dengan kerja.

Alhamdulillah. Walaupun dah habis buat kerja grouping, sampai sekarang kiteorang berkawan rapat dan kalau boleh hari-hari nak ber-Snapchat/Whatsapp share semua benda termasuklah hantar gambar tengah pakai face mask. LOL. Kalau nak mintak tolong pulak, memang jarang dorang cakap NO (Yang ni tak boleh pukul rata sebab manusia tak sama. Aku cerita berdasarkan kawan-kawan aku).

Yang paling kelakar, ada yang sorang ni, aku menyampah gila dekat dia masa second year sebab punya dia punya kerek tu tak boleh nak cakap dan sekarang cuba teka apa dah jadi dengan dia? Dia....dia dah jadi  manusia paling rapat dengan aku. Macam-macam cerita aku share dengan dia. Aku punya heartbroken, dia laa orang pertama yang tahu. Lepas tu semua benda aku update kat snapchat dia perhati sebagai persiapan nak serang hendap aku bila jumpa nanti.

Dan bila hari tu tiba, cair tahi telinga aku kena bebel dengan kawan aku tu.

"He is just a guy? Guys come and go. Why do you give so much value to him? Seriously, you have to value yourself first and your children more than anyone else. Nor, do something that will make you happy. Is this the thing that you want to remember after five years later? You can go to Birmingham or Manchester and enjoy and come back to Derby at night or I do not know what you want to do but please do something that will make you happy, you derserve it! Watch Pride and Prejudice like thousand times and listen to Celine Dion songs will not help you" - tanpa serba salah, lepas dia bebel dekat aku boleh pulak she gave me the most annoying face and I was like krikk krikk krikkk...*redha*

Serius tak pernah lagi rapat dengan orang macam aku rapat dengan dia. Betul laa orang cakap jangan benci sangat kat orang nanti suka and obviously suka kami sebagai kawan baik bukan lesbian tau. Haha. Lepas dari kejadian tu, aku dah tak heartbroken dengan lelaki mata biru tu. We are good because Allah s.w.t really. Allah s.w.t knows best. Trust me!

Ni mesti korang nak tahu apa jadi kan? Haha. Tengoklah kalau aku rasa terbukak hati nak share ngan korang tapi bukan share pasal lelaki mata biru tapi pasal macam mana nak tawakal pada Allah s.w.t walaupun hati kau tengah berkecai. :')

Rasanya itu jelah nak cerita hari ni and memang tak boleh cerita lebih-lebih sebab kalau cerita lebih-lebih tu bukan namanya blog tapi diari. Kahkahkah.



ok, byeeee.......













No comments: